Jumat, 01 Oktober 2010


Namikaze Minato adalah ayah kandung naruto yang sebelumnya pernah menjabat sebagai hokage keempat sebalum meninggal saat perang besar menghadapi kyuubi untuk mempertahankan desa Konoha.
Ayah Naruto, Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang yang tak pantang menyerah. Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyuubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto karena Kyuubi pernah mengacaukan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehingga dia menginjak usia dua belas tahun.Uzumaki Kushina, adalah ibu Naruto.

Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi yaitu seorang ninja Chunnin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyuubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti orang tuanya.